Cubaan Seludup Minyak Petrol Subsidi Gagal
- nabalunews
- 3 days ago
- 1 min read

30 April 2025
KUDAT: Cubaan penyeludup membawa keluar 12 tong minyak petrol dan tepung subsidi gagal selepas berjaya dikesan Pasukan Polis Marin (PPM).
Semua barang kawalan bernilai keseluruhan RM16,445 itu berjaya dirampas menerusi operasi jam 12.15 tengah malam, di kawasan Laut Damaran, di sini.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, pasukan operasi berjaya menahan sebuah bot pam yang dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, pasukan operasi kemudiannya terus bertindak menahan bot berkenaan untuk pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan terhadap semua bot, pasukan operasi menemui sebanyak 200 liter minyak petrol dan 21 kotak berisi 10 kilogram tepung disyaki cuba diseludup ke negara jiran.
"Semua barang rampasan termasuk barang kawalan dan bot berkenaan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM16,445 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Nazri berkata, PPM Wilayah Empat Sabah akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.
Commentaires