top of page

MANGSA HILANG DI PANTAI ROSOB DITEMUI MENINGGAL DUNIA

  • nabalunews
  • 16 hours ago
  • 1 min read


2 Mei 2025


PITAS: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari ketam di Kampung Rosob, Pitas, di sini, ditemui meninggal dunia.


Mangsa, Muslim Masapi, 57, dikatakan keluar menangkap ketam bersama dua anaknya di kawasan pesisir Pantai Torongguh, di sini, kelmarin.


Bagaimanapun, kehilangan mangsa disedari selepas kedua-dua anaknya mendapati, mangsa tidak lagi kelihatan di kawasan pantai.



Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pitas, dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan dan terus mengerahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan.


“Operasi dimulakan dengan mobilisasi sebuah ambulans pacuan empat roda (4X4) dan empat anggota ke lokasi.


“Pasukan operasi turut membuka penubuhan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di kawasan Pantai Rosob untuk memantau perkembangan pencarian mangsa,” katanya.


Menurutnya, pihaknya turut melancarkan operasi pencarian darat dan laut dilakukan oleh APM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta lima orang awam.


“Mangsa akhirnya ditemukan pada jam 1.28 petang, kira-kira 200 meter dari lokasi terakhir dia menangkap ketam.


“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Hospital Pitas.


“PKTK ditutup pada jam 2.07 petang dan seluruh operasi tamat pada jam 2.42 petang,” katanya

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page