top of page

Curi Basikal, Suspek Ditahan Dalam Tempoh 24 jam

  • nabalunews
  • Jun 8
  • 1 min read

7 Jun 2025


LAHAD DATU: Polis daerah ini berjaya menahan seorang lelaki selepas disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Kampung Dengan, Tungku, di sini, Khamis lalu.


Penjenayah terbabit ditahan berjaya dikesan dalam tempoh 24 jam selepas laporan polis dibuat oleh mangsa.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu hari ini berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 8 pagi oleh mangsa yang juga seorang pesara.


Katanya, mangsa mendakwa menyedari stor di bawah rumahnya telah dipecah masuk dan sebuah basikal milik anaknya hilang.


“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Lahad Datu, berjaya menahan suspek lelaki berusia 26 tahun di sebuah rumah di Kampung Dengan pada jam 3 petang.


“Turut dirampas sebuah basikal berwarna hitam yang dipercayai barang kes dalam kejadian ini,” katanya.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat bagi membantu siasatan lanjut.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page