top of page

Curi Kabel TM: Suspek Ditahan Selepas Rempuh Kedai

  • nabalunews
  • Jan 30
  • 1 min read

30 Januari 2026


PENAMPANG: Seorang pencuri kabel berjaya ditahan selepas kenderaan dipandu terbabas ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis dalam kejadian di Bundusan, di sini, semalam.


Dalam kejadian berkenaan, lelaki berusia 30 itu ditahan bersama segulung wayar tembaga yang dipercayai dicuri.


Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Erwansyah Abdul Basri berkata, suspek yang juga warga tempatan cuba melarikan diri dari pemeriksaan polis di Donggongong.

Katanya, bertindak atas maklumat awam, pasukan Unit Peronda Polis (MPV) berjaya mengesan kenderaan suspek polis dan cuba menahannya untuk pemeriksaan.


“Bagaimanapun, suspek bertindak melarikan diri sehingga memaksa anggota MPV mengejarnya dari kawasan Kobusak hingga ke Bundusan.


“Setiba di lokasi, kenderaan suspek hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh sebuah premis perniagaan di jalan Yue Min, di sini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, suspek kemudiannya cuba melarikan diri dengan berjalan kaki meninggalkan kenderaannya namun berjaya diberkas sejurus selepas itu.


“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui segulung kabel tembaga bersama bateri kereta dan terus menyita kenderaan suspek untuk tindakan selanjutnya.


“Semakan turut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan dadah dan turut didapati positif dadah.


“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan, Seksyen 186 akta sama serta Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.


Sehubungan itu, Erwansyah berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah.


“Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini atau jenayah lain tampil membantu siasatan.


“Maklumat boleh disalurkan kepada Balai Polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page