top of page

Daftar pemilih tambahan April 2025 dibuka untuk semakan

  • nabalunews
  • May 22
  • 1 min read

22 Mei 2025


PUTRAJAYA: Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2025 (DPT BLN4/2025) yang diwartakan semalam, dibuka untuk semakan selama 30 hari dari tarikh perwartaan hingga 19 Jun depan.


Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, DPT BLN4/2025 itu mengandungi 32,566 nama warganegara berumur 18 tahun ke atas bagi tempoh 1 hingga 30 April 2025 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.


Ikmalrudin berkata, senarai berkenaan juga mengandungi 13,058 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,016 orang pemilih bertukar kategori pengundi atau status.


“SPR menyeru warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 April 2025 dan pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi atau status untuk membuat semakan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.


Menurutnya, semakan boleh dibuat melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my; portal rasmi Pejabat Pilihan Raya Negeri (http://ppn.spr.gov.my); dan aplikasi dalam talian (https://myspr.spr.gov.my).


Selain itu, katanya, semakan juga boleh dilakukan menerusi aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218.


“Sekiranya pemilih mendapati nama tidak disenarai dalam DPT BLN4/2025, tuntutan boleh dibuat dengan mengisi Borang C manakala yang berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama mereka boleh mengisi Borang D.


“Borang berkenaan harus dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri terbabit untuk serahan dan bayaran fi bantahan sepanjang tempoh semakan tersebut,” katanya.


Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR, menghubungi talian hotline SPR di 03-8892 7218, atau menghubungi Pejabat Pilihan Raya Negeri masing-masing.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page