top of page

Daftar Pemilih Tambahan Tambahan Februari 2025 Dibuka Untuk Semakan

  • nabalunews
  • Apr 8
  • 2 min read


8 April 2025


PUTRAJAYA: Daftar Pemilih Tambahan Bulan Februari Tahun 2025 (DPT BLN2/2025) yang diwartakan pada 21 Mac lalu, dibuka untuk semakan selama 30 hari dari tarikh perwartaan hingga 19 April ini.


Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata daftar pemilih tambahan itu mengandungi 34,889 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas bagi tempoh 1 hingga 28 Februari 2025, yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.


Katanya, senarai berkenaan juga mengandungi 12,938 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,332 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.


“SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN2/2025 iaitu portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my; portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; dan aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my.


“Semakan juga boleh dilakukan menerusi aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218,” katanya menerusi satu kenyataan.


Menurutnya, warganegara yang berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 28 Februari 2025 serta mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status atau kategori pengundi untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN2/2025.


“Sekiranya nama mereka tidak disenaraikan dalam daftar pemilih berkenaan, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri berkenaan.


“Mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, boleh mengisi Borang D atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.


“Borang C dan Borang D boleh diisi melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my,” katanya.


Ikmalrudin berkata Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri terbabit untuk serahan dan bayaran fi bantahan sepanjang tempoh semakan tersebut.


Orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr,gov.my atau menghubungi SPR di talian 03-8892 7218 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri bagi sebarang pertanyaan

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page