top of page

DAP umum tujuh calon rasmi tanding PRU Sabah

  • nabalunews
  • 6 minutes ago
  • 1 min read

ree

8 November 2025


KOTA KINABALU: DAP Sabah mengumumkan tujuh calonnya secara rasmi termasuk tiga muka baharu dan dua lagi ahli parlimen yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang akan berlangsung 29 November ini.


Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengumuman Calon-Calon PH-DAP di sini, hari ini.


Tujuh kerusi DUN yang ditandingi ialah Elopura diwakili Setiausaha DAP Sabah merangkap Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong; DUN Sri Tanjung diwakili Ketua DAPSY Tawau, Philip Yap Wui Lip; DUN Luyang diwakili oleh Setiausaha Eksekutif DAPSY Sabah, Chan Loong Wei.


Sementara itu, bagi DUN Likas diwakili oleh Pengerusi DAP Sabah yang juga bekas Ahli Parlimen Dewan Undangan (ADUN) Luyang, Datuk Phoong Jin Zhe manakala DUN Kapayan dikekalkan kepada Jannie Lasimbang.


Bagi DUN Tanjung Papat pula diwakili Tang Szu Ching dan DUN Tanjung Aru diwakili Timbalan Pengerusi DAP Sabah merangkap Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.


Satu lagi kerusi yang terletak di kawasan pedalaman bakal diumumkan kelak kerana masih dalam rundingan dengan rakan gabungan parti.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page