Datin Saniah kekal Ketua Wanita UPKO Kota Belud
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Datin Saniah kekal Ketua Wanita UPKO Kota Belud


Datin Saniah (duduk tiga dari kanan) bersama para perwakilan wanita UPKO Kota Belud.

5 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pemimpin Veteran wanita, Datin Saniah Tuak berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Belud.


Beliau yang menerajui kepimpinan wanita UPKO Kota Belud lebih 30 tahun lalu merakamkan ucapan terima kasih kepada para pemimpin dan perwakilan wanita Kota Belud atas sokongan padu yang diberikan kepadanya sehingga kini.


Ketua Wanita UPKO Kota Belud, Datin Saniah Tuak

“Saya tidak menyangka masih mendapat sokongan daripada wanita kerana saya sebenarnya ingin memberi peluang kepada pemimpin muda untuk mengetuai wanita UPKO Kota Belud.


“Bagaimanapun masih memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk terus menggalas tanggingjawab ini.



“Tanggungjawab ini bukan sesuatu yang mudah kerana untuk menjadi seorang pemimpin parti harus sentiasa berdedikasi terutamanya dalam melaksanakan apa sahaja program agar UPKO sentiasa relevan sepanjang masa”, katanya ketika ditemui Nabalu News.


Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Agung Tritahunan Wanita UPKO Kota Belud di Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, di sini, hari ini.


Saniah berharap semua pemimpin baru dan lama yang dilantik dapat bekerjasama untuk membantu memantapkan parti.



“Banyak program khususnya untuk wanita yang akan kita rancang selepas ini, antaranya kursus kemahiran atau keusahawanan yang bersesuaian bagi membolehkan wanita lebih berdaya saing,” katanya.


Selain Saniah, Julini Mandadi turut kekal sebagai timbalan ketua dan naib ketua masing-masing disandang oleh Kasiah Taliban dan Rita Padis.



bottom of page