top of page

Datuk Dexter Lau Presiden MCCC Sabah Chapter baharu

  • nabalunews
  • May 11, 2025
  • 2 min read


Dari kiri (duduk) Edmond Goh, Lau Jiin Woei, Louis Su,  Jacky Chin, Kapitan Dr. Calle Tan (timbalan presiden), Datuk Michael Chin (presiden kehormat), Datuk Dexter Lau (presiden), Ivan Chai, Shawn Tan, Brian Ho, Civic Chin. Berdiri Dari kiri - Yong Wei Hau, Tommy Lo,  Brian Wong, Benny Hon dan Neilson Chang.
Dari kiri (duduk) Edmond Goh, Lau Jiin Woei, Louis Su, Jacky Chin, Kapitan Dr. Calle Tan (timbalan presiden), Datuk Michael Chin (presiden kehormat), Datuk Dexter Lau (presiden), Ivan Chai, Shawn Tan, Brian Ho, Civic Chin. Berdiri Dari kiri - Yong Wei Hau, Tommy Lo, Brian Wong, Benny Hon dan Neilson Chang.

11 Mei 2025


KOTA KINABALU: Ahli perniagaan terkemuka Sabah, Datuk Dexter Lau mengambil alih jawatan presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Sabah Chapter baharu, selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding.


Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi MCCC Cawangan Sabah dan merupakan ahli Jawatankuasa Kebangsaan MCCC Malaysia.


Dexter, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC), berkata aspirasinya sebagai Presiden baharu MCCC adalah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan ekonomi dan perdagangan Malaysia dan China.


“Saya akan terus berusaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dua hala dengan memastikan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara terus berkembang.


“Selain itu, saya menyasarkan untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan tempatan.


“Pengalaman saya sebagai ahli perniagaan sudah tentu memberi kelebihan dalam menarik pelaburan asing,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) semalam.


Dexter berkata, menerusi pemahaman mendalam mengenai keperluan pasaran, strategi perniagaan dan cara untuk berhubung dengan pelabur asing, beliau boleh memainkan peranan penting dalam menjana minat dalam pelaburan asing.


“Ini selari dengan hala tuju kerajaan GRS di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, yang berhasrat meluaskan penglibatan pelaburan asing merentasi pelbagai industri di negeri ini.


Sementara itu, semasa mengumumkan ahli jawatankuasa MCCC yang baharu, Dexter mengumumkan, Kapitan Dr. Tan Kai Lee dipilih sebagai timbalan presiden bagi pemilihan untuk majlis kebangsaan ke-14 MCCC (2025-2028).


Tiga naib presiden MCCC ialah Chin Thau Chung @ Jacky Chin, Su Khon Fen dan Lau Jiin Woei, dengan Ivan Chai Bor Yuan berkhidmat sebagai setiausaha, Shawn Tan Cen Ven sebagai bendahari, Tommy Lo Chun Sian sebagai penolong bendahari, Brian Ho Joon Chuan mengendalikan hal ehwal perdagangan, Wong Kwong Fah (pembantu hal ehwal perdagangan dan Edmond Goh Chuen Sheng (Pegawai Perhubungan Awam).

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page