Datuk Johan Mahmood dilantik Ketua Setiausaha Perbendaharaan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Datuk Johan Mahmood dilantik Ketua Setiausaha Perbendaharaan


Datuk Johan Mahmood Merican.

27 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baharu berkuatkuasa pada 27 Februari (Isnin).


Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan bahawa pelantikan itu turut diperkenankan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Jelas beliau, pelantikan tersebut adalah berdasarkan kelayakan, ciri-ciri kepimpinan dan pengalaman luas Johan sepanjang memegang beberapa jawatan di dalam bidang ekonomi, kewangan dan dasar.


“Johan merupakan lulusan kelas pertama dari University of Cambridge serta akauntan bertauliah dari Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW).


“Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia Berhad (TALENT CORP), Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Pengarah Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Kementerian Kewangan


“Saya yakin dengan kelayakan, pengalaman dan kredibiliti beliau menggalas amanah serta mendokong misi dan visi dalam meneruskan kecemerlangan pengurusan kewangan dan ekonomi Negara yang cekap, telus dan berkesan selari dengan hasrat Malaysia MADANI,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page