top of page

DBKK anjur Hari Cuci Malaysia 2025, orang ramai dijemput hadir

  • nabalunews
  • Sep 26
  • 1 min read

ree

26 September 2025


KOTA KINABALU: Orang ramai dipelawa hadir bagi menyertai Hari Cuci Malaysia 2025 peringkat bandaraya yang akan berlangsung esok di pekarangan ibu pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).


DBKK dalam kenyataan hari ini berkata, program berkenaan diadakan serentak di seluruh negara bersempena Hari Pembersihan Sedunia (World Cleanup Day).


Katanya, ia turut diraikan bersama sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (World Environmental Health Day), sekali gus menjadikan penganjurannya lebih bermakna.


“Objektif utama Hari Cuci Malaysia 2025 adalah meningkatkan kesedaran dan membudayakan amalan kebersihan dalam kalangan masyarakat serta memupuk tanggungjawab kolektif terhadap kelestarian alam sekitar.


“Selain itu, mengukuhkan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan komuniti selain menangani isu sampah dan vektor melalui aktiviti pembersihan serta kempen kesedaran,” menurut DBKK dalam kenyataan hari ini.


DBKK berkata, menerusi inisiatif tersebut mampu menyerlahkan imej Kota Kinabalu sebagai bandaraya pelancongan yang bersih dan mampan.


Menurutnya, empat komponen utama pembersihan akan dilaksanakan di sekitar bandar raya, merangkumi pembersihan kawasan awam, kawasan pasar, perairan laut serta kawasan Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar.


Program edisi pertama Hari Cuci Malaysia peringkat Kota Kinabalu tahun lalu menyaksikan sebanyak 127 tan sampah berjaya dikutip, jelas DBKK.


Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal DBKK di talian WhatsApp 011-51341547 atau melayari Facebook ‘KK Bersih & Hijau’.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page