top of page

DBKK anjur pertandingan mewarna sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2025

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

11 Jun 2025


KOTA KINABALU: Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu Tahun 2025, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menganjurkan sebuah pertandingan mewarna khas yang bakal berlangsung di Palm Square, Centre Point pada 5 Julai bermula pukul 10.30 pagi.


Pertandingan ini dianjurkan oleh DBKK melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya dengan kerjasama Centre Point Sabah.


Menariknya, penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada pelajar sekolah rendah dalam dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Darjah 1 hingga Darjah 3) dan Kategori Tahap 2 (Darjah 4 hingga Darjah 6). Setiap kategori terhad kepada 30 penyertaan terawal sahaja.


“Jom sertai Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu Tahun 2025 dan serlahkan kreativiti anda!” kata penganjur melalui hebahan rasmi yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya.


Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan borang dan maklumat lanjut penyertaan melalui imbasan Kod QR yang disediakan atau layari pautan rasmi Google Form yang telah dikongsikan.


Untuk sebarang pertanyaan, urus setia pertandingan boleh dihubungi menerusi nombor telefon yang disediakan: Hafidah (013-8675386), Sanscynelen (010-3616718), dan Alvinnah (011-26784891).

댓글


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page