top of page

DBKK Serbu Premis Hiburan Tanpa Lesen Sah

  • nabalunews
  • May 19
  • 1 min read

19 Mei 2025


KOTA KINABALU: Tiga premis hiburan dikenakan kompaun selepas dikesan beroperasi tanpa lesen sah dalam operasi yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).


Operasi yang dijalankan Jabatan Pelesenan DBKK itu dilaksanakan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Jumaat lalu.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan DBKK berkata, hasil operasi berkenaan, dua kompaun dikeluarkan atas kesalahan mengikut Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958 iaitu menjalankan perniagaan hiburan awam tanpa lesen.

Katanya, satu lagi kompaun dikeluarkan mengikut Seksyen 3 UUK Pub and Bar Lounge By Law 1984 atas kesalahan menjalankan perniagaan pub dan bar lounge dengan lesen tamat tempoh.


“DBKK memandang serius kesalahan ini dan akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan premis-premis hiburan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu sentiasa mematuhi keperluan undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page