Debat Perdana Najib, Anwar pada 12 Mei
top of page
  • Farah Salim

Debat Perdana Najib, Anwar pada 12 Mei


6 Mei 2022 Oleh Farah Salim KUALA LUMPUR: Debat Perdana antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan pada 12 Mei ini. Menurut kenyataan media bersama, mereka telah mengadakan perbincangan dan mencapai kata sepakat terkait tempat penganjuran Debat Perdana. “Dengan ini dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk memilih Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur sebagai lokasi penganjuran debat tersebut pada 12 Mei 2022, pada jam 9 malam. “Debat Perdana ini akan disiar secara langsung oleh media rasmi melalui saluran TV dan media sosial yang akan diumum kemudian,” kata kenyataan media, hari ini. Kedua-dua pihak turut berharap Debat Perdana ini akan berlangsung dengan sempurna minggu hadapan.

bottom of page