top of page

Dedikasi warga PPDK Penampang harus dihargai dan disegani - Ewon

  • nabalunews
  • 8 hours ago
  • 2 min read

ree

25 Ogos 2025


PENAMPANG: Dedikasi warga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Penampang dalam mendidik dan menjaga anak-anak istimewa harus dihargai dan disegani, kata Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick.


Beliau berkata, komitmen luar biasa yang ditunjukkan oleh para pendidik dan ibu bapa dalam mendidik dan menjaga anak-anak istimewa dengan penuh dedikasi dan kasih sayang wajar dicontohi.


“Saya amat menghargai ibu bapa dan guru-guru di sini yang telah menunjukkan komitmen luar biasa dalam mendidik anak-anak istimewa. Mereka adalah contoh ketabahan dan semangat prihatin yang wajar kita semua contohi.

ree

“Oleh itu, kehadiran saya pada hari ini adalah tanda komitmen berterusan untuk membantu dan menyokong usaha PPDK Penampang dalam mendidik anak-anak istimewa.


“Ini adalah tanggungjawab bersama. Saya ingin pastikan anak-anak ini juga menikmati kehidupan yang lebih baik dan gembira bersama keluarga, guru dan rakan-rakan mereka,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas berkunjung ke PPDK Penampang hari ini bagi meraikan sambutan Bulan Kebangsaan bersama pelatih, ibu bapa, guru-guru dan warga pusat itu.

ree

PPDK Penampang menempatkan 60 pelatih, disokong lima guru dan seorang penyelia.


“Pada bulan Jun yang lepas, saya telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi membantu keperluan pusat ini yang telahpun dilaksanakan.


“Dalam kunjungan hari ini, saya dimaklumkan dengan beberapa lagi keperluan tambahan bagi melengkapkan kemudahan sedia ada. Justeru, saya bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM20,000 lagi untuk PPDK Penampang,” katanya.

ree

Terdahulu itu, dalam lawatan berasingan, Ewon menyampaikan sumbangan bakul makanan untuk Program No Turning Back 9.0 Kelab Pacuan Empat Roda WRS Sabah yang akan diadakan di Mesapol, Sipitang pada 28 Ogos hingga 1 September ini.


Program itu akan disertai 60 kenderaan ahli WRS dengan pelbagai pengisian aktiviti termasuk penyampaian 100 bakul makanan kepada komuniti setempat.


“Selaku Penaung Kelab ini, saya menghargai semua inisiatif yang memupuk kerjasama, kebersamaan, perpaduan sesama ahli dan juga dengan komuniti serta program-program bantuan rakyat.

ree

“Kelab WRS banyak terlibat dalam penghantaran bantuan bencana dan pelbagai misi kemasyarakatan yang lain,” katanya.

Komentar


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page