top of page

Demokrasi Akar Umbi Subur: Muka Baharu Terajui Tiga JKKK di Mukim Kiau

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

21 Februari 2026


KOTA BELUD: Proses pemilihan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi tiga kampung di mukim Kiau, semalam berlangsung dalam keadaan aman dan lancar.


Pemilihan yang diadakan serentak itu membabitkan penduduk Kampung Kiau Nuluh, Kampung Kiau Bersatu dan Kampung Kiau Taburi bagi sesi kepimpinan 2026 hingga 2030.


Hasil pengundian menyaksikan Sokiong Sani, seorang bekas guru, dipilih sebagai Pengerusi JKKK baharu Kampung Kiau Nuluh. Di Kampung Kiau Bersatu, penduduk sepakat memilih James Dalansu yang turut berlatarbelakangkan profesion perguruan. Sementara itu, Luke Kabun muncul sebagai pemenang bagi kerusi Pengerusi JKKK Kampung Kiau Taburi.

Proses demokrasi peringkat akar umbi itu diselia sepenuhnya oleh Pemaju Mukim dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, William Ginting.


Dalam ucapannya, William merakamkan penghargaan kepada seluruh komuniti atas sokongan dan sambutan yang menggalakkan sepanjang proses pemilihan berlangsung.

Kiau bersatu
Kiau bersatu

"Yang penting, hasrat calon-calon untuk bertanding membuktikan ramai dalam kalangan anak watan yang mahu memberikan bakti dan yang terbaik buat kampung masing-masing. Demokrasi kita masih subur," katanya.


Beliau turut menegaskan bahawa kemenangan dan kekalahan adalah lumrah dalam pertandingan. Sebaik proses pemilihan selesai, beliau menyeru seluruh pemimpin yang terpilih dan penduduk untuk berganding bahu.

Kiau taburi
Kiau taburi

"Sudah tiba masanya kita bersama-sama mengembleng tenaga. Bukan sahaja dalam memastikan kesepakatan komuniti, tetapi juga memajukan ekonomi, sosial dan pembangunan rohani kampung masing-masing," tambahnya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page