Dewan rakyat platform terbaik bahas isu tuntutan sulu: Abdul Rahman
top of page
  • Farah Salim

Dewan rakyat platform terbaik bahas isu tuntutan sulu: Abdul Rahman Dahlan


19 Julai 2022

Oleh Farah Salim


KOTA KINABALU: Ketua UMNO Sabah Bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, Parlimen adalah platform terbaik untuk membahaskan mengenai Tuntutan Sulu ke atas Sabah.


“Saya bersetuju sepatutnya usul Ahli Parlimen Kota Belud YB Isnaraissah Munirah Majilis untuk Parlimen membahaskan usul beliau mengenai tuntutan Sulu keatas negeri Sabah diluluskan.


“Speaker sepatutnya menggunakan budi bicara beliau untuk membenarkan perbahasan itu. Isu ini isu spesifik, berkepentingan awam dan mendesak. Tidak ada sebab kenapa ianya tidak boleh dibahaskan.


“Walaupun sebelum ini ada penerangan telah dibuat oleh kerajaan, tetapi ahli-ahli parlimen terutamanya dari Sabah masih banyak persoalan yang ingin ditanya,” katanya dalam Facebooknya.


Abdul Rahman berkata, ini kerana Parlimen adalah platform terbaik untuk kerajaan menjawab persoalan ahli-ahli parlimen dan menerangkan serta menjelaskan secara terperinci tindakan dan perancangan kerajaan untuk menangani isu tuntutan ini terutamanya setelah aset-aset Petronas telah “dirampas” di luar negara.


“Saya difahamkan usul Ahli Parlimen Kota Belud akan dihantar semula ke pejabat Speaker. Saya menuntut usul ini diluluskan agar ianya dibahas secara terbuka dan telus.


“Speaker dan kerajaan pusat mesti faham bahawa isu tuntuan dan keselamatan negeri Sabah adalah isu besar dan terlalu dekat di hati rakyat Sabah.


“Jangan sampai usul ini ditolak bagi kali keempat sehingga rakyat Sabah tidak memaafkan. Ini isu kedaulatan negeri Sabah dan orang Sabah khuatir tentang masa depan mereka,” katanya.

bottom of page