Dua Gereja di Kampung Bukid menerima sumbangan Kerusi Panjang
- nabalunews
- 45 minutes ago
- 1 min read

Oleh: Kidd
10 Mac 2026
KOTA BELUD: Pemaju Mukim Kadamaian, Clarence Somuil dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, telah menyampaikan sumbangan kerusi panjang kepada dua gereja di Kampung Bukid, Kota Belud.
Majlis ringkas ini diadakan di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, sebagai tanda komitmen berterusan terhadap pembangunan komuniti.
Sumbangan ini dari Timbalan Ketua Menteri III merangkap ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick yang di sampai kan oleh Clarence.
Sebanyak lapan buah kerusi panjang diberikan kepada Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kampung Bukid, manakala lapan buah lagi kepada Gereja Seventh Day Adventist (SDA) di kampung yang sama.
Kerusi-kerusi ini diharapkan dapat memudahkan aktiviti keagamaan dan perjumpaan komuniti, sekali gus meningkatkan keselesaan ahli jemaah.
Menurut Clarence, inisiatif ini sebahagian daripada usaha Pusat Khidmat ADUN Kadamaian untuk menyokong institusi keagamaan yang memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan dan kesejahteraan masyarakat multirasial di Kadamaian.
"Kami sentiasa memantau keperluan setempat untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat," katanya.
Sumbangan diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bukid, Jamal Intim, yang mewakili kedua-dua gereja.
Beliau menyatakan penghargaan kepada Ewon serta pihak Pusat Khidmat atas keprihatinan ini, yang turut memperkukuh hubungan dengan komuniti Kampung.















Comments