top of page

Dua inidividu tersepit dalam nahas dua kenderaan di Tenom

  • nabalunews
  • Apr 9
  • 1 min read


9 April 2025


TENOM: Dua individu mengalami kecederaan serius selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam parit dalam satu kemalangan membabitkan dua buah kereta jenis Proton Iswara Aeroback dan Proton Wira Aeroback di Simpang Kampung Angan-Angan awal pagi tadi.


Menurut laporan dari Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.43 pagi dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian.


“Komander Operasi (K/O) lapor kemalangan melibatkan dua buah kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback dan Proton Wira Aeroback dan mengakibatkan kenderaan Proton Iswara Aeroback terbabas masuk ke dalam parit.


“Terdapat dua orang mangsa tersepit di kenderaan Proton Iswara Aeroback berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” menurut kenyataan itu.


Kedua-dua mangsa, seorang lelaki berusia 41 tahun dan seorang wanita berumur 37 tahun, dilaporkan tidak sedarkan diri dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Sementara itu, seorang lagi mangsa lelaki yang menaiki Proton Wira Aeroback dilaporkan selamat.


Operasi diketuai oleh PBK I Mohamad Herryzan Bin Epui dengan keanggotaan lima orang menggunakan jentera FRT dan turut melibatkan kerjasama daripada pihak PDRM serta KKM.

Komentar


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page