top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Dua kluster baharu dikesan di Nabawan dan Sandakan



7 Ogos 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini dikenali sebagai Kluster Sarikan - Nabawan dan Kluster Lebuh Empat - Sandakan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Sarikan - Nabawan merupakan kluster jenis komuniti.


“Kes indeks adalah lelaki, 34, yang disahkan positif COVID-19 pada 03 Ogos 2021 setelah bergejala demam, sakit tekak, selesema, batuk, hilang deria rasa dan bau sejak 27 Julai 2021.


“Daripada 48 kontak yang disaring, 14 individu dikesan positif termasuk satu kes baharu hari ini dan telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan.

Manakala, 34 individu masih menunggu keputusan saringan pertama,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, Kluster Lebuh Empat - Sandakan pula melibatkan anggota IPD Sandakan dan orang kena tahan (OKT) di Lokap IPD Sandakan.


Katanya, kes indeks merupakan OKT lelaki, 63, yang disahkan positif COVID-19 (RTK-Antigen) dalam saringan OKT dan didaftarkan pada 05 Ogos 2021 hasil saringan OKT.


“Saringan kontak dijalankan dengan mengambil 122 sampel. Daripada jumlah tersebut, 50 sampel dikesan positif, termasuk 39 kes baharu hari ini iaitu 35 OKT dan empat anggota IPD Sandakan.


“Manakala, baki 71 sampel didapati negatif,” katanya.

bottom of page