top of page
Writer's pictureMarryan Razan

Dua kluster baharu direkodkan di Kinabatangan melibatkan tempat kerja


Gambar Hiasan

4 Oktober 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini dikenali sebagai Kluster Sungai Tabulion - Kinabatangan dan Kluster Sandau Sawit – Kinabatangan melibatkan kluster tempat kerja.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Sungai Tabulion dikesan berlaku di tempat kerja iaitu di Ladang Sawit Malbumi Gedau Kinabatangan.


Beliau berkata, kes indeks merupakan pekerja pembersihan, wanita, 52, bukan warganegara yang mula bergejala pada 17 September lalu.


“Ujian saringan bergejala RTK AG di Hospital Duchess Of Kent Sandakan pada 28 September mengesahkan kes indeks positif Covid-19 dengan keputusan RTK-AG grading 100% dan telah dirujuk ke PKRC Sandakan untuk rawatan selanjutnya.


“Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati, seramai 62 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes positif dalam kluster ini sebanyak 63 kes.


“Siasatan, persampelan Covid-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, Kluster Sandau Sawit juga merupakan kluster tempat kerja iaitu di kilang sawit di daerah Kinabatangan.


Katanya, kes indeks adalah pemandu kilang lelaki, 30, warganegara Indonesia yang dikesan positif Covid-19 melalui RTK AG di Klinik Mabello Paris Kinabatangan pada 29 September lalu untuk tujuan saringan tempat kerja.


“Keputusan RTK AG menunjukkan grading 100% dan kes telah dirujuk ke PKRC Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya.


“Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati, seramai 27 orang kontak sosial, pekerja telah didapati positif Covid-19.


“Siasatan, persampelan Covid-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain,” katanya.


Beliau berkata, setakat hari ini, terdapat 28 kes positif dalam kluster ini termasuk 25 kes baharu yang dilaporkan.


Comments


bottom of page