top of page

Dua Lelaki Ditahan, 9 Saman Dikeluarkan dalam Op Mabuk Penampang

  • nabalunews
  • Apr 5
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


5 April 2026


PENAMPANG: Dua lelaki tempatan ditahan kerana disyaki memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di Jalan Penampang, hadapan SMK Bahang, awal pagi tadi.


Kesemua individu tersebut ditahan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dipenjarakan selama dua tahun, didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000, serta hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun.


Sepanjang operasi berlangsung, pihak polis memeriksa seramai 52 individu dan 41 kenderaan. Sebanyak sembilan keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, dengan empat daripadanya kerana memandu tanpa lesen memandu yang sah.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, operasi kali ini diketuai oleh Ketua BSPT IPD Penampang, Inspektor Rozami Hj Ahmad, dibantu tujuh anggota polis.


Menurut beliau, operasi seumpama itu bertujuan memantau keselamatan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas yang ditetapkan.

"Rumah kita, kita jaga. Daerah kita, kita lindungi bersama. Polis dan masyarakat, berpisah tiada," tegas beliau.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page