top of page

Dua Lelaki Nyaris Maut, Kereta Terperosok Besi Penghadang Jalan

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read

9 Februari 2026


SOOK: Pantang ajal sebelum maut. Itu nasib dua lelaki yang terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabas sendiri sebelum merempuh besi penghadang jalan dalam kejadian di Jalan Sook Nabawan, Batu 27, di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 30-an dilaporkan mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Faisal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 7.05 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah lokasi yang terletak kira-kira 4 kilometer dari BBP Sook.


“Kemalangan melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda, Toyota Hilux Single Cab yang dipercayai terbabas sendiri sebelum melanggar besi pembahagi jalan.


“Menurut saksi, dua mangsa terlibat dalam kemalangan dan sudah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan bomba,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, pasukan bomba kemudiannya bertindak membuat pemeriksaan di kawasan kemalangan untuk memastikan tiada bahaya lain.


“Pasukan Bomba turut membantu mengeluarkan kereta tersebut dari besi penghadang jalan menggunakan Hydraulic Rescue Tools sebelum operasi ditamatkan pada jam 7.26 pagi,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page