top of page

Dua Lori Bertembung, Tiga Termasuk Bayi Tersepit

  • nabalunews
  • Jan 29
  • 1 min read

29 Januari 2026


KOTA BELUD: Tiga termasuk seorang bayi tersepit di kabin lori selepas terbabit dalam kejadian kemalangan melibatkan dua lori di Kampung Lebak Moyoh, di sini, hari ini.


Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, ketiga-tiga mangsa warga asing berusia 3 bulan hingga 35 tahun dilaporkan mengalami kecederaan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.29 pagi.


Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 2 kilometer untuk membantu.


“Kemalangan melibatkan sebuah lori 3.5 tan milik syarikat yang membawa muatan barangan runcit dan sebuah lori Isuzu 2 tan membawa muatan besi buruk.


“Terdapat tiga mangsa berada di dalam lori Isuzu 2 tan mengalami kecederaan akibat tersepit sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, semua mangsa dihantar ke Hospital Kota Belud menggunakan Ambulans untuk rawatan lanjut.


Manakala katanya, pemandu dan kelindan lori kedua dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.


“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.06 pagi,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page