top of page

Dua Lori Tanker Dirampas

  • nabalunews
  • Apr 30
  • 1 min read


30 April 2025


RANAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah berjaya menahan dua lori tanker dan sebuah lori kabin selepas dikesan membawa minyak sawit mentah tanpa permit, semalam.


Dalam operasi jam 3.40 pagi itu, lima lekaki warga tempatan turut ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah untuk mengalihkan minyak sawit mentah.


Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, pada awalnya, hasil pemeriksaan terhadap semua lori berkenaan mendapati terdapat minyak sawit mentah.



Katanya, siasatan lanjut mendapati, semua minyak sawit berkenaan dipercayai dipindahkan dari lori ke lori.


“Dengan di pandu arah oleh suspek, pasukan operasi membuat pemeriksaan di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kg Nabutan Jalan Ranau.


“Hasil pemeriksaan mendapati dua tangki penyimpanan berisi minyak sawit mentah disimpan tanpa permit dan lesen yang sah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.


“Di dalam operasi ini, lima warga tempatan ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah untuk mengalihkan minyak sawit mentah.


“Semua barang kes dirampas dan suspek diserahkan kepada pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk tindakan selanjutnya.



“Anggaran nilai keseluruhan barang rampasan termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM1.188 juta,” katanya.



Sementara itu, Nazri berkata, pihaknya amat mengalu-alukan maklumat daripada orang awam dalam usaha membanteras kegiatan ini dari berleluasa.

Комментарии


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page