top of page

Dua Maut, Kereta Masuk Gaung

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read


29 Mei 2025


PENAMPANG: Dua maut manakala seorang lagi parah selepas kereta dinaiki terjunam ke dalam gaung dalam kejadian di Jalan Penampang - Tambunan, berhampiran Kampung Moyog, di sini, malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, pemandu Steve Oyong, 54, dan penumpang Rayner Jentolmin@Condrad, 49, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Maxwell Minor, 29, dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.


Difahamkan, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan pulang ke Kampung Madsiang, di sini, selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Tambunan.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Penolong Penguasa Bomba, Zeno Tingalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.15 malam.


Katanya, seramai sembilan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 28 kilometer dari balai bomba.


"Sebaik tiba di lokasi, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan Isuzu Bighorn terbabas sendiri lalu terjatuh dalam gaung.



"Pasukan bomba bertindak menaikkan semua mangsa yang berada di gaung," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, pasukan EMRS bertindak memberi rawatan awal kepada seorang mangsa yang cedera dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan ambulans.


"Dua lagi mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


"Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.37 malam," katanya.

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page