top of page

Dua Maut Motosikal Langgar Kereta di Jalan UMS

  • nabalunews
  • Apr 13
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


13 April 2026


KOTA KINABALU: Dua individu lelaki maut di tempat kejadian selepas motosikal yang mereka naiki melanggar bahagian belakang sebuah kereta di Jalan UMS, berhadapan Mini Putrajaya, awal pagi ini.


Dalam kejadian sekitar jam 4.40 pagi, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang sebuah Proton Saga yang sedang membuat pusingan U di lampu isyarat.


Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal terjatuh di lorong tengah manakala pembonceng tercampak ke bahu kiri jalan. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth II.

Proton Saga tersebut dipandu seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun yang tidak mengalami sebarang kecederaan. Kereta itu bergerak dari arah Sepanggar menuju ke Alam Mesra sebelum membuat pusingan U dan meneruskan perjalanan di lorong tengah.


Identiti kedua-dua mangsa masih belum dapat dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui. Pihak polis sedang giat mengesan waris mangsa.


Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk tindakan lanjut. Kedua-dua kenderaan telah ditahan bagi pemeriksaan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan.


Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas, memandu dengan berhemah, dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik. Penunggang motosikal khususnya diingatkan supaya tidak menunggang secara berbahaya atau berkumpulan dalam keadaan laju yang boleh mengundang risiko kemalangan.

 
 
 

1 Comment


Fbfb Vbb
Fbfb Vbb
Apr 13

a wholistic wellness expo in kota kinabalu sounds like a great experience. i’d love to learn about these wellness principles and then relax by diving into a long gaming session of monster hunter stories 3. balance between health and our favorite hobbies is everything!

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page