top of page

Dua penagih dadah mengamuk berjaya ditahan polis MPV

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read


Dua suspek mengamuk disyaki penagih dadah ditahan di Tawau
Dua suspek mengamuk disyaki penagih dadah ditahan di Tawau

1 Jun 2025

TAWAU: Dua suspek penagih dadah masing-masing berumur 40an dan 20an berjaya ditahan sepasukan polis MPV selepas mengamuk dalam dua kejadian berasingan di daerah ini, semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek pertama merupakan lelaki tempatan yang ditangkap oleh MPV Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Tawau di Taman Wawasan, Jalan Utara.


Katanya, pasukan tersebut sedang menjalankan tugasan rondaan pencegahan jenayah apabila menerima makluman daripada Gerakan Tawau berkenaan seorang lelaki mengamuk di taman perumahan tersebut.


“Suspek ditahan bagi tujuan pencegahan jenayah dan polis turut mengesyaki lelaki itu memasukkan bahan terlarang ke dalam tubuh badan,”katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Manakala, suspek kedua yang merupakan warga asing diberkas MPV BPJKK IPD Tawau susulan makluman diterima mengenai aduan orang mengamuk di Kampung Buton.


“Polis segera bergerak ke lokasi dan menahan seorang lelaki warga asing berusia awal 20-an bagi tujuan pencegahan jenayah dan keselamatan penduduk sekitar,”katanya.


Jasmin berkata, kedua-dua suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan saringan awal ujian air kencing yang dijalankan mendapati mereka positif dadah.


Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page