top of page

Wanita Mengamuk Dengan Parang Ditahan

  • nabalunews
  • Jun 2
  • 1 min read

2 Jun 2025


TAWAU: Seorang wanita ditahan selepas dikatakan mengamuk di hadapan sebuah premis perniagaan di sekitar bandar ini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, wanita berusia 39 tahun terbabit dikatakan mengamuk sambil memegang sebilah parang sambil memandu kereta Proton Saga.


Bagaimanapun tindakan pantas anggota rondaan bit dari Balai Polis Tawau berjaya mengekang insiden daripada menjadi lebih buruk dan suspek ditahan di lokasi sejurus selepas itu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu, sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan terus digerakkan ke tempat kejadian.


“Setiba di lokasi, anggota polis mendapati wanita terbabit sedang memegang sebilah parang dan mereka bertindak pantas menahan suspek serta merampas senjata itu dari tangannya.


“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan suspek, polis turut menemui senjata kapak yang yang disimpan di dalam bonat kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, semua barangan termasuk senjata dan kenderaan yang digunakan suspek turut dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.


“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca dan motif sebenar kejadian.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page