top of page

Darjah kebesaran bukan untuk dijual beli, dilobi - Sultan Ibrahim

  • nabalunews
  • Jun 2
  • 1 min read

2 Jun 2025


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menegaskan darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan bukan untuk dijual beli dan tidak sepatutnya dilobi oleh mana-mana pihak.


Seri Paduka Baginda bertitah, hanya individu yang telah lama berkhidmat dan berjasa kepada kerajaan, atau yang telah mengharumkan nama negara, wajar untuk diperkenankan anugerah berkenaan.


“Walaupun kerajaan menggariskan syarat-syarat yang layak untuk dipertimbangkan, saya juga akan menilai semula setiap calon yang dicadangkan.


“Memang pada setiap tahun tidak banyak yang melepasi syarat berkenaan. Walaupun ada pihak yang melobi, saya tidak akan layan.


“Pangkat Datuk dan Tan Sri bukan untuk dibeli. Kalau ada yang banyak sangat duit, buatlah amal jariah dengan bantu orang miskin yang memerlukan,” titah Seri Paduka Baginda.


Justeru, Yang di-Pertuan Agong bertitah, penerima yang berjaya seharusnya menghargai dan berbangga dengan anugerah yang dikurniakan.


Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam Titah Diraja sempena Istiadat Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Bagi Tahun 2025 di Istana Negara, di sini hari ini.


Turut berangkat pada istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.


Bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda pada tahun ini, seramai 116 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page