top of page

DUA RUMAH MUSNAH DALAM KEJADIAN TANAH RUNTUH DI JALAN KIMANIS-KENINGAU

nabalunews


10 Nov 2020

KOTA KINABALU: Dua rumah musnah dalam kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit di Batu 18, Jalan Kimanis-Keningau, pada awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis Johainin Ruslan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1 pagi di kawasan berbukit setinggi 150 meter dan terdapat sejumlah rumah dibina di kawasan berkenaan.

"Kita menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.51 pagi dan hasil siasatan mendapati runtuhan setinggi 150 meter itu telah memusnahkan dua buah rumah yang tidak berpenghuni.

"Selepas pemeriksaan pihak bomba di kawasan berkenaan didapati tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata operasi pembersihan tanah runtuh itu membabitkan seramai sepuluh anggota bomba dan sebuah jentera serta sebuah kenderaan utiliti.

"Operasi berkenaan turut dibantu anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar dan Jabatan Kerja Raya Papar," katanya. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page