DUN Sabah akan bersidang 3 Disember

17 Nov 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan bersidang semula pada 3 Disember ini melibatkan sesi pembentangan bajet.
Speaker DUN Sabah, Datuk Kazim M. Yahya berkata, beberapa Rang Undang-Undang (RUU) akan turut dimasukkan pada sesi berkenaan termasuk sesi perbahasan yang akan berlangsung pada 6 hingga 9 Disember.
Kazim berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Auditorium DUN Sabah, pada Rabu.
Mengulas mengenai perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi, Kazim berkata Mohamaddin menafikan perletakan jawatan beliau dan masih lagi ADUN yang sah bagi kawasan tersebut.
Commenti