• Wartawan Nabalu News

DUN Sabah akan bersidang mulai 21 Mac ini



16 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Keenam Belas berlangsung hari ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.


Yang dipertua Negeri Tun Juhar Haji Mahiruddin menyempurnakan pembukaan persidangan itu.



Istiadat kali ini disertai Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Lok Kawi. Kali terakhir acara KKU dalam istiadat pembukaan penggal ialah pada April 2019, sebelum ditiadakan akibat pandemik Covid-19.


Persidangan akan diadakan bermula 21 Mac ini hingga 24 Mac. Selain sesi soal jawab dan perbahasan, turut dibentangkan pada sidang DUN itu ialah tiga Rang Undang-Undang.