top of page

DUTA BESAR CHINA DIARAH BERI PENJELASAN SEGERA PENCEROBOHAN UDARA: HISHAMMUDIN

Wartawan Nabalu News

Gambar FB Sabah Info

2 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kementerian Luar Negeri akan memanggil Duta Besar Rupeblic Rakyat China ke Malaysia untuk memberikan penjelasan mengenai pencerobohan ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM).


Menterinya Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein berkata, ini kerana pencerobohan 16 pesawat Tentera Udara China itu menggugat keamanan dan kedaulatan Malaysia.


"Kementerian Luar Negeri merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengenai pencerobohan 16 pesawat milik tentera China ke dalam ruang udara Malaysia di atas ZMM.


"Berdasarkan laporan yang diterima daripada TUDM, kementerian ini akan mengeluarkan nota bantahan diplomatik atas pencerobohan ini kepada kerajaan Republic Rakyat China.


"Di samping itu, saya juga akan menyampaikan kegusaran serius Malaysia mengenai perkara ini kepada rakan sejawat saya di China," katanya dalam kenyataan media, kelmarin.


Hishammudin berkata, "pendirian Malaysia sangat jelas mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan mana-mana negara tidak sekali-kali bermaksud bahawa kita akan kompromi tentang keselamatan nnegara kita. Malaysia tetap teguh mempertahankan maruah dan kedaulatan kita".




Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page