top of page

ELAK PEMBELIAN PANIK SEMPENA DEEPAVALI - DR NOOR HISHAM

  • nabalunews
  • Nov 9, 2020
  • 1 min read

9 NOV 2020


PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan masyarakat India yang akan menyambut perayaan Deepavali Sabtu ini supaya tidak melakukan pembelian panik bagi mengelakkan risiko penularan wabak COVID-19.

Beliau berkata pembelian panik hanya akan menyebabkan kesesakan di lokasi tumpuan membeli-belah, sekali gus memudahkan jangkitan berlaku.

"Bila kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sektor ekonomi masih dibuka, kedai masih dibuka, jadi tidak perlu kita melakukan pembelian panik," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesesakan di beberapa lokasi tumpuan membeli persiapan sambutan Deepavali di Lembah Klang yang menimbulkan kebimbangan muncul kluster Deepavali.

Dr Noor Hisham meminta orang ramai supaya membataskan pergerakan dan mengelakkan perhimpunan ramai serta merancang pembelian sepanjang PKPB bagi membantu meratakan lengkung jangkitan COVID-19. - Bernama

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page