top of page

ELAK PERJUMPAAN SOCIAL SEMASA KRISMAS - MASIDI

  • Wartawan Nabalu News
  • Dec 18, 2020
  • 1 min read


17 DIS 2020


KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun menasihatkan penganut agama Kristian agar tidak mengadakan perjumpaan sosial semasa sambutan Krismas.


Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara mengenai garis panduan perayaan Krismas dan acara keagamaan di gereja.


Katanya, perjumpaan sosial mendedahkan msyarakat kepada penularan jangkitan Covid-19.


“Selagi boleh berpada-pada dalam setiap perayaan. Bukan sekadar perayaan Krismas tapi juga, perayaan Tahun Baharu.


“Saya nasihatkan cuba elakkan perjumpaan sosial. Jangan disebabkan 15 minit punya kegembiraan, kita berdepan 15 hari penderitaan,” katanya semasa sidang media perkembangan semasa Covid-19 negeri Sabah, di sini hari ini.


Menurutnya, kerajaan pada dasarnya telah mempersetujui cadangan mengenai SOP berhubung perayaan Krismas yang akan menjelang menerusi Mesyuarat Sidang Khas MKN yang telah diadakan pada 14 Disember.


Kementerian Perpaduan Negara telah membentangkan secara khusus mengenai SOP ini bagi sebelum, semasa dan selepas perayaan Krismas termasuk aktiviti kunjung-mengunjung.


Sehubungan itu, perincian lengkap mengenai SOP tersebut akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat menerusi web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Masidi menasihatkan rakyat Sabah agar mengadakan sambutan dalam kalangan ahli keluarga sahaja. Jangan menjemput orang luar yang mendedahkan diri anda dengan jangkitan Covid-19.


“Saat kita menjemput orang luar berkunjung ke rumah kita mendedahkan diri dan keluarga kita untuk dijangkiti,” jelasnya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page