• nabalunews

ELLRON ZIARAHI BEKAS JUARA BINA BADAN ASIA, JUSTINE SOMPONG



3 DIS 2020


KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin menziarahi bekas juara bina badan Mr.Asia, Justine Sompong yang kurang sihat kebelakangan ini di kediamannya hari ini.


Turut sama, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah (MSN), Mohd. Asneh Mohd. Noor, Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS), Terrence Edward Pudin dan beberapa pegawai Kanan kementerian.


Selain memberikan kata-kata semangat dan sokongan, Ellron turut memberikan sedikit sumbangan kepada bekas jaguh bina tanah air itu.


Ellron yang juga bekas pelari pecut negara mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih diatas jasa dan bakti yang dicurahkan oleh Justine kepada negara disamping membantu dalam pembangunan atlet sukan Bina Badan di Sabah.


Beliau berkata Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan agensi dibawah kementerian itu sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Justine.


“Kita berdoa agar Justine cepat sembuh dan pulih,” katanya.


ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com