top of page

Emas beregu wanita negara hadiah bermakna buat peminat – Hannah

  • nabalunews
  • 22 hours ago
  • 1 min read

ree

14 Disember 2025


KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh merakamkan ucapan tahniah kepada gandingan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, susulan kejayaan meraih pingat emas Sukan SEA Thailand 2025, sekali gus menamatkan penantian 10 tahun negara dalam acara itu.


Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Hannah menyifatkan kejayaan berkenaan bukan sekadar kemenangan di gelanggang, malah hadiah bermakna buat sokongan, harapan dan doa peminat badminton tanah air yang sekian lama menantikan kejayaan beregu wanita di Sukan SEA.


“Sepuluh tahun menunggu dan akhirnya, detik yang dinanti telah tiba. Penampilan pertama Pearly Tan dan M Thinaah di pentas Sukan SEA telah menghadiah pingat emas buat negara.


“Debut yang berani, kemenangan yang bersejarah. Terima kasih menamatkan kemarau yang panjang. Tahniah Pearly dan Thinaah,” katanya.


Beregu negara yang menduduki ranking kedua dunia itu meraih emas selepas mencatat kemenangan 21-16, 19-21, 21-17 ke atas wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari.


Kemenangan Pearly-Thinaah juga merupakan pingat emas peribadi pertama buat kedua-duanya dalam kejohanan dwitahunan itu.


Untuk rekod, kali terakhir pasangan beregu wanita negara memenangi kejuaraan ini ialah pada 2015 di Singapura melalui Amelia Alicia Anscelly dan Soong Fie Cho.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page