top of page

Empat Individu Masuk Hutan Hilang

  • nabalunews
  • May 12, 2025
  • 1 min read

12 Mei 2025


LAHAD DATU: Empat individu dipercayai tersesat selepas gagal dihubungi sejak masuk ke hutan di Tamaco Tungku, di sini, Khamis lalu.


Kehilangan semua mangsa hanya disedari kira-kira jam 2 petang, semalam, selepas sepupu salah seorang mangsa hilang dihubungi penyelia tempat kerjanya.


Penyelia terbabit memaklumkan salah seorang mangsa hilang yang dikenali sebagai Fendery Ani, 37, tidak hadir bekerja pada pagi Ahad.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 7.02 pagi tadi.


Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.


“Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu terima panggilan kecemasan dari Balai Polis Tungku yang mohon bantuan mencari orang hilang.


“Menurut laporan polis yang dibuat oleh sepupu mangsa, mangsa bersama tiga rakannya masuk ke hutan pada 8 Mei lalu untuk mencari hasil hutan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, sehingga ke hari ini, semua empat mangsa masih belum pulang dan usaha menghubungi mangsa menggunakan telefon juga tidak dijawab.


Katanya, pasukan bomba sudah ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat lengkap dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).


“Maklumat tiga rakan mangsa belum dapat diperolehi dan sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page