EMPAT LAGI KEMATIAN AKIBAT COVID-19 DI SABAHEMPAT LAGI KEMATIAN AKIBAT COVID-19 DI SABAH
top of page
  • Wartawan Nabalu News

EMPAT LAGI KEMATIAN AKIBAT COVID-19 DI SABAH



13 OKTOBER

WARTAWAN NABALU NEWS

KOTA KINABALU: Empat lagi kes kematian akibat Covid-19 berlaku di Sabah dilaporkan hari ini, masing-masing di Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Semporna dan Hospital Tawau.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di negara ini sebanyak 163 kes.

“Kes kematian ke-160 dan ke-161, di Hospital Duchess of Kent Sandakan melibatkan seorang wanita berusia 84 tahun dan lelaki 83 tahun, kedua-duanya warganegara dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, dislipidemia dan kencing manis.

“Manakala kes ke-162 pula melibatkan wanita bukan warganegara berusia 36 tahun di Hospital Semporna dan mempunyai latar belakang penyakit tuberculosis.

“Kes ke-163, lelaki warga negara berusia 59 tahun di Hospital Tawau, mempunyai latar belakang penyakit buah pinggang kronik,” katanya pada sidang media secara maya mengenai perkembangan COVID-19, hari ini.

Noor Hisham berkata, terdapat 101 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dari segi kes sembuh pula, setakat hari ini sebanyak 350 kes pulih iaitu jumlah tertinggi sejak permulaan pandemik di Malaysia.

“Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah 11,372 kes iaitu 67.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page