Empat lokaliti di Putatan dikenakan PKPD bermula 30 OgosEmpat lokaliti di Putatan dikenakan PKPD bermula 30 Ogos
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Empat lokaliti di Putatan dikenakan PKPD bermula 30 Ogos



28 Ogos 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di empat lokaliti di Putatan bermula 30 Ogos hingga 12 September ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti tersebut ialah Taman Ketiau,  Platinum Apartment,  Taman Teluk Villa  dan PPR Taman Sri Serigai.


"PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


"Secara keseluruhan, jumlah PKPD aktif setakat ini telah meningkat kepada 117 lokaliti, dengan bilangan tertinggi di Tawau (33 lokaliti), Kota Kinabalu (13 lokaliti), Penampang (10 lokaliti), dan Kota Belud (10 lokaliti)," katanya.


Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan PKPD di Kampung Tuhau, Matunggong, Kudat.


“PKPD di lokaiti itu sepatutnya dijadualkan tamat pada 29 Ogos, namun dilanjutkan sehingga12 September ini.


“Berdasarkan analisa oleh KKM mengenai risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD di lokaliti berkenaan dilanjutkan,” katanya

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page