- Wartawan Nabalu News
EMPAT LOKASI ‘JALAN TIKUS’, TIGA PUSINGAN ‘U’ DI PENAMPANG DITUTUP SERTA-MERTA
8 Jun 2021 PENAMPANG: Polis Daerah Penampang telah mengenalpasti beberapa lokasi ‘jalan tikus’ dan pusingan ‘U’ yang dijadikan akses menghubungkan jalan di Daerah Penampang dengan Kota Kinabalu. Berikut adalah lokasi ‘jalan tikus’ yang telah ditutup. ⛔️ Jalan Nosoob - Hungab Susur keluar ke lampu isyarat Shell Kobusak, Jalan Penampang - Lido ⛔️ Jalan Kobusak ke Susur Keluar simpang Taman Bangsawan Jalan Lintas. ⛔️ Jalan Penampang Lama - Jalan Gunung Bintang Luyang ⛔️ Jalan Bongun Kodondungan Ganang Ke Cyber City Berikut adalah lokasi pusingan ‘U’ yang turut ditutup: ⛔️ Dua pusingan ‘U’ sepanjang Jalan Penampang Bypass Kota Kinabalu - Penampang ⛔️ Pusingan ‘U’ Jalan Chempaka berhampiran SJR Jalan Bundusan ‘Jalan-jalan tikus’ dan pusingan ‘U’ ini ditutup serta merta bagi memperketatkan pergerakan sempadan melibatkan Daerah Penampang dan Kota Kinabalu. Oleh itu, pihak polis berharap agar pengguna jalan raya memberi kerjasama dan bersabar serta memahami tugas polis dalam menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun dalam kenyataannya pada 6 Jun lalu menetapkan bahawa Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu tidak lagi di dalam daerah yang sama berkuatkuasa 7 Jun. Sumber berita: Facebook Polis Daerah Penampang
Comments