Empat Rumah di Kampung Lingkudau Musnah Terbakar
- nabalunews
- 12 hours ago
- 1 min read

2 September 2025
KENINGAU: Empat rumah separuh kekal dilaporkan musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Lingkudau, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang insiden kematian atau kecederaan.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.26 pagi melalui talian Balai.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera bomba terus digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 2 kilometer dari BBP Keningau.
“Pasukan bomba berjaya tiba di tempat kejadian pada jam 8.30 pagi dan operasi mengawal api kebakaran terus dijalankan.
“Api kebakaran berjaya dikawal pada pada jam 9.01 pagi dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan berlaku,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, tiga rumah terlibat dilaporkan musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi hanya mengalami kerosakan akibat kebakaran sekitar 30 peratus.
Katanya, setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak Forensik Bomba.
“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi operasi ditamatkan pada jam 11.57 pagi,” katanya.