top of page

Empat Unit Starlink Diserahkan Bagi Perkukuh Capaian Komunikasi di Paitan

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

James menyerahkan unit Starlink kepada Joloning di Paitan.
James menyerahkan unit Starlink kepada Joloning di Paitan.

22 Februari 2026


PAITAN: Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib, menyerahkan empat unit satelit Starlink untuk membantu memulihkan capaian komunikasi di beberapa kawasan terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.


Kemudahan itu diberikan oleh SabahNet Sdn Bhd (SabahNet), iaitu agensi di bawah Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.


Inisiaitif itu sebagai langkah segera bagi memastikan komunikasi di kawasan terjejas dapat dipulihkan.


Ia juga bertujuan memudahkan penyelarasan bantuan, penyampaian maklumat serta menyokong operasi pengurusan bencana dan pemulihan pasca banjir.


Empat unit satelit berkenaan telah diserahkan oleh Datuk James Ratib kepada Pegawai Daerah Paitan, Joloning Joe Majambu, untuk tujuan penyelarasan dan penempatan di lokasi yang dikenal pasti memerlukan capaian internet segera.


Diharapkan kemudahan ini dapat mempercepatkan proses pemulihan dan memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat yang terjejas terus diberi perhatian.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page