ENAM DIKOMPAUN TIDAK PAKAI PELITUP MUKA ENAM DIKOMPAUN TIDAK PAKAI PELITUP MUKA
top of page
  • nabalunews

ENAM DIKOMPAUN TIDAK PAKAI PELITUP MUKA



16 OKTOBER 2020


LABUAN: Enam individu dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka di enam lokasi berbeza dalam OP Bersepadu Pematuhan SOP PKPP antara 2.30 hingga 4.30 petang semalam.


Ketua Polis Daerah WP Labuan Supt. Muhamad Farid Ahmad berkata enam individu itu melibatkan lima lelaki dan seorang wanita tempatan berumur antara 23 hingga 36 tahun.


“Antara lokasi individu dikompaun ialah di hadapan premis makanan, kedai runcit, dobi dan tempat awam,” katanya.


Menurut Farid, operasi yang disasarkan di seluruh pulau Labuan itu melibatkan 30 pegawai dan anggota Polis, Tentera, RELA dan Penguatkuasa Perbadanan Labuan.


Kata Farid, operasi itu dijalankan untuk membuat pemantauan, pemeriksaan dan seterusnya mengeluarkan kompaun ke atas individu yang gagal mematuhi SOP.


Farid menegaskan semua individu yang dikompaun didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LLDKJ) (No.8) 2020 yang boleh dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.


“Operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan telah melibatkan pemeriksaan sebanyak 48 premis di kawasan sekitar Labuan,” katanya.


Farid berkata, pihak polis akan terus melaksanakan OP Bersepadu Penguatkuasaan SOP PKPP bagi membendung penularan virus Covid-19 di pulau ini.


Oleh Henry Bating/ Utusan Borneo

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page