ENAM LAGI KEMATIAN AKIBAT COVID-19 HARI INI (16 OKT)
- nabalunews
- Oct 16, 2020
- 1 min read

16 OKTOBER 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Enam lagi kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh Negara hari ini, lima daripadanya adalah di Sabah dan satu di Kuala Lumpur.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hashim Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 176 kes iaitu 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Beliau berkata, lima kes kematian yang dilaporkan di Sabah masing-masing tiga di Hospital Queen Elizabeth, satu kes di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan Hospital Semporna.
“Kes kematian ke-176 di Pusat Perubatan Universiti Malaysia Kuala Lumpur melibatkan seorang lelaki bukan warganegara berusia 52 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, penyakit jantung, penyakit kulit psoriasis dan penyakit tulang belakang,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini.
Memperincikan kes kematian di Sabah, Noor Hisham berkata, kesemuanya berumur antara 39 hingga 74 tahun iaitu empat lelaki dan seorang wanita.
Beliau berkata kesemua kes mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis, strok, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.
“Sehingga kini, terdapat 99 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.















Comments