ENAM LAGI KLUSTER BAHARU DIKESAN TERMASUK EMPAT DI SABAH - DR NOOR HISHAMENAM LAGI KLUSTER BAHARU DIKESAN TERMASUK EMPAT DI SABAH - DR NOOR HISHAM
top of page
  • nabalunews

ENAM LAGI KLUSTER BAHARU DIKESAN TERMASUK EMPAT DI SABAH - DR NOOR HISHAM



28 NOV 2020


KUALA LUMPUR: Enam kluster baharu COVID-19 dikesan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, membabitkan empat di Sabah serta masing-masing satu di Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata empat kluster di Sabah melibatkan Kluster PTS Sibuga, Kluster Tapak Bina Jesselton, Kluster Dermaga dan Kluster Tempasuk.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau ialah 180 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.


Bagi Kluster PTS Sibuga, ia melibatkan daerah Sandakan dengan kes indeks (ke-35,885) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Nov lepas hasil saringan individu bergejala dan setakat ini, sejumlah 324 individu disaring dengan 104 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster itu.

Beliau berkata Kluster Tapak Bina Jesselton dikesan di Kota Kinabalu, Sabah dengan kes positif hasil ujian saringan di tempat kerja pada 28 Nov lepas dan sehingga kini, seramai 181 individu disaring dengan 44 telah dikesan positif COVID-19.

Dr Noor Hisham berkata Kluster Dermaga di Sandakan melibatkan kes indeks (ke-25,325) yang dilaporkan positif pada 24 Okt lepas hasil saringan individu bergejala. Susulan itu, 297 individu disaring dengan 34 kes dikesan positif COVID-19 setakat ini.

Bagi Kluster Tempasuk yang dikesan di Kota Belud, ia melibatkan kes indeks (ke-56,849) yang dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Nov lepas melalui saringan individu bergejala dan sehingga hari ini, sejumlah 149 individu disaring dengan 12 kes positif.

Di Selangor, Kluster UD SS2 dikesan di daerah Petaling dengan kes indeks (ke-61,360) dilaporkan positif COVID-19 semalam hasil saringan individu bergejala. Sehingga kini, 40 individu disaring dengan 13 kes dikesan positif wabak itu.

Di Kuala Lumpur, Kluster Tapak Bina Awan Baru dikesan di daerah Kepong dan Cheras dengan kes positif COVID-19 dilapor hari ini melalui saringan bersasar terhadap pekerja di sebuah tapak pembinaan.

Sehingga kini, seramai 442 individu disaring dan 31 kes dikesan positif.

Dr Noor Hisham juga berkata dua kluster diisytihar tamat hari ini iaitu Kluster Menara dan Kluster Simera.

Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, terdapat 355 kluster dilaporkan di seluruh Malaysia sehingga hari ini. - Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page