top of page

Ewon adakan kunjungan ke SEDIA, bincang agenda pembangunan ekonomi Sabah

  • nabalunews
  • Oct 1
  • 1 min read

ree

1 Oktober 2025


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick mengadakan kunjungan ke Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA), kelmarin bagi membincangkan agenda pembangunan ekonomi, pelaburan dan keusahawanan di Sabah.


Beliau berkata, kunjungan itu juga bertujuan memperkukuh kerjasama antara kementeriannya dan SEDIA dalam usaha memperkasakan ekosistem keusahawanan dan pelaburan di negeri ini.


“Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan agensi-agensi di bawah kementerian saya akan bekerjasama dengan SEDIA terutama dalam pembangunan syarikat-syarikat berprestasi tinggi daripada Sabah.

ree

“Saya menghargai sumbangan SEDIA dalam pembangunan di Sabah termasuk melaksanakan projek-projek khas biayaan Kerajaan Persekutuan yang memberi manfaat kepada aktiviti ekonomi rakyat,” katanya.

ree

Ewon turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Eksekutif SEDIA, Datuk Seri Panglima Haji Hashim Paijan atas kesudian menerima kunjungan dan berkongsi pandangan mengenai hala tuju pembangunan negeri Sabah.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page