top of page

Ewon adakan lawatan amal di PDK Penampang

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 29, 2022
  • 1 min read
Ewon menyampaikan buah tangan kepada kanak-kanak istimewa di pusat kebajikan itu.

29 Oktober 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Penampang pada Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15) Datuk Ewon Benedick, mengadakan lawatan amal di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Penampang, di sini, kelmarin.


Beliau diiringi Timbalan Ketua Bahagian UPKO Penampang Carl Moosom, Ketua Wanita UPKO Penampang Felimena Andreas dan ahli-ahli parti itu.

Ewon berkata, beliau akan sentiasa memberi perhatian mengenai kebajikan dan keperluan semua lapisan masyarakat termasuk golongan istimewa dan berharap lebih ramai pihak tampil menghulurkan bantuan kepada golongan itu.


Dalam lawatan itu beliau menyampaikan buah tangan berupa makanan kepada 30 kanak-kanak di pusat kebajikan itu.


Ewon juga bersetuju menyumbangkan lima kerusi roda untuk kegunaan kanak-kanak di pusat kebajikan itu.


Selepas program itu, beliau turut meluangkan masa memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Benjamin Hea Yong suami kepada Puan Rita Mojilis di Kg. Kobusak Penampang.

Ewon memberi penghormatan terakhir kepada Benjamin Hea Yong.

Terdahulu itu, Ewon menemui para peniaga, pengunjung dan para pemimpin PH Penampang di Jia Hua Food Court Bundusan Penampang.


Ewon bersama para pemimpin PH Sabah.

Pada malam Khamis lalu, Naib Presiden UPKO itu mengadakan kunjungan dan beramah mesra bersama penduduk Kampung Mongkusilad, di sini.


Ewon berharap masyarakat Penampang memberikan sokongan dan peluang kepadanya untuk berkhidmat di kawasan itu.


Ewon ketika berucap pada program bersama penduduk Kampung Mongkusilad.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page