top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon adakan perbincangan dengan pimpinan Sabah mengenai agenda pembangunan keusahawanan

6 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawanan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin Sabah mengenai pelbagai perkara terutamanya agenda pembangunan keusahawanan di negeri itu.


Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang meluangkan masa bertemu dengan dua pemimpin Sabah iaitu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe dan Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai, di sini, hari ini.


Turut serta dalam perbincangan santai itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif POIC Sabah Datuk Fredian Gan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah Julinus Jimit dan Setiausaha Politik Menteri KUSKOP Carl Moosom.

Ewon berkata, antara yang dibincangkan dan dipersetujui ialah sesi libat urus bersama pengusaha pelancongan luar bandar bagi DUN Kiulu dan Kadamaian dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah.


“Saya juga bersetuju agar agensi-agensi KUSKOP mengadakan perbincangan dengan pihak KKIP dan POIC mengenai potensi pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (SME) di Sabah.

“Selain itu usaha untuk membangunkan sektor keusahawanan khas bagi Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) juga turut dibincangkan,” katanya.

Comentários


bottom of page